Thursday, 31 May 2012

Bila 'ASSUME' menjadi 'ASS U & ME'

Biasanya perkataan 'assume' ni kita gunakan bila nak menganggarkan atau mengandaikan sesuatu. Bila dah buat anggaran ni maksudnya sesuatu perkara tersebut kurang tepat atau kurang sesuai untuk dijadikan fakta tetapi masih boleh diterima. Sebab itulah perkataan ni agak kurang sesuai digunakan untuk kajian saintifik.

Dalam salah satu kelas yang aku wajid ambil satu ketika dahulu, pensyarah aku telah menyatakan bahawa perkataan 'assume' ni langsung tak boleh pakai. Sebabnya bila kita mula guna 'assume' je, at the end jadi 'ass u & me' sebab mendatangkan banyak masalah. Dan sekarang aku rasa perkataan tu juga boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian kita.

Sebagai contoh, apabila kita membuat sesuatu keputusan yang melibatkan individu lain, kita tidak boleh 'assume' yang individu tersebut akan terima sahaja keputusan tersebut bulat-bulat hanya kerana kita 'assume' dia boleh, 'assume' dia akan available untuk sesuatu tugasan, 'assume' dia boleh ganti tempat kita, 'assume' dia boleh tolong kita pada bila-bila masa, dan 'assume..'assume'.. 'assume'.. Mungkin dia pernah kata ok sebelum ini tapi adakah dia masih ok pada masa sekarang? Adakah dia masih ok pada masa yang akan datang? Tidak semestinya bukan?

Di sinilah pentingnya tindakan 'follow up' untuk mendapat kesahihan daripada tuan empunya badan. Buat confirmation beberapa kali untuk dapatkan kepastian. Dan plan B atau C adalah sangat perlu in case masalah muncul dengan tiba-tiba.

Sebagai contoh (based on true story), dua orang sahabat nak pergi ke satu tempat yang memaksa keperluan kehadiran seorang driver. Kebiasaannya driver tersebut sentiasa available untuk membantu dan driver tersebut ada menyatakan kesanggupannya untuk membantu sekali lagi. Disebabkan itu dua orang sahabat ini telah membuat keputusan untuk ke tempat tersebut dan 'assume' yang si driver akan dapat membantu. Akhirnya jadilah 'ass u & me' kerana si driver tidak dapat membantu kerana ada urusan lain. The worst part is, dua orang sahabat ini akan kecewa kerana plan tidak menjadi dan si driver terasa seperti diperalatkan kerana tidak berbincang dengannya terlebih dahulu. So nak salahkan siapa? Dua sahabat itukah atau si driver itukah? Perlu diingatkan bahawa si driver tidak pernah berjanji untuk membantu pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Dia cuma menyatakan kesanggupan untuk membantu.

Setiap manusia ada keperluan dan kehendak. Kadangkala kita akan sangat berusaha untuk membantu insan lain yang dirasakan sangat perlu dan kadang-kadang hal yang sangat penting sekalipun sanggup dibatalkan atau ditangguhkan hanya kerana ikhlas nak membantu yang lebih memerlukan. Tetapi adakah setiap masa kita akan atau dapat berbuat begitu?

Banyak kali juga aku terperangkap dengan situasi orang lain meng'assume'kan aku ni dan endingnya memang jadi 'ass u & me'. Daripada ikhlas terus bertukar jadi separuh ikhlas atau terpaksa. Kan tak seronok.

*moral of the story
- hati-hati ketika merancang sesuatu
- follow up dan plan B tu penting
- jangan tukarkan keikhlasan sahabatmu kepada keterpaksaan
- the most important thing is: DO NOT 'ASSUME'!

Cerita di facebook - adab bercakap

Aku masih ingat pesanan mak aku masa kecil, kita kena hormat orang yang lebih tua tak kiralah apa status mereka. Dan semestinya ibu bapa adalah keutamaan. Bila bercakap pasal hormat ni sudah tentulah sangat berkait rapat dengan adab. Di sinilah 'benchmark' didikan awal seseorang individu itu. Boleh dikatakan sebaik sahaja kita  berkomunikasi dengan seseorang individu itu, hampir serta merta kita boleh agak adabnya macam mana.

Sebagai contoh, baru-baru ni, secara tak sengaja aku telah terlibat dalam perdebatan antara seorang budak mentah yang tidak beradab dengan seorang individu senior  yang lantang bersuara di facebook. Pada mulanya aku cuma berminat dengan satu post daripada kenalanku berkenaan dengan satu topik ilmiah. Topiknya agak saintifik tetapi subjeknya ada kaitan dengan senario politik semasa. Memandangkan komen-komen untuk post berkenaan daripada orang-orang yang lebih senior, aku follow secara senyap, dengan harapan dapatlah ilmu baru daripadanya.

Tidak semena-mena budak mentah ini menyampuk dan telah 'tembak' senior tersebut dengan bahasa yang sangat tak patut. Pada mulanya aku ingatkan diorang ni kawan-kawan, jadi biasalah 'tembak menembak' ni sebab berbeza pendapat. Kemudian aku terfikir untuk check profile kedua-dua individu itu setelah aku rasakan ada yang tak kena. Ternyata budak mentah tersebut lebih kurang sebaya dengan anak senior tersebut. Dan ternyatalah juga yang budak itu tersangat la sengal sebab langsung tak check profile senior tersebut tapi maki-maki sepenuh hati. Disebabkan rasa tak dapat membela diri akibat diserang bertubi-tubi, budak ni pun lari dan membiarkan perdebatan itu tergantung. Tentulah si senior ni semakin hangin.

Lagi tak kenanya sebab budak tu post pula di wall facebooknya dengan menyatakan bahawa dia telah menjadi mangsa 'serangan bahasa' daripada individu yang educated tetapi tidak beradab. Dan pada ketika itu lah aku rasa terpanggil untuk memberi sedikit teguran kepada budak tersebut sebagai ingatan kepadanya dan diri aku sendiri. Alangkah sedihnya bila seorang Melayu seperti aku yang sepatutnya tinggi adab dan budi pekerti menjadi seorang individu bermulut lancang dan tidak menghormati orang tua. Aku juga manusia biasa, adakalanya terlepas cakap juga bila marah tapi tengok la juga dengan siapa kamu bercakap. Sepatutnya kita saling menghormati, yang muda hormat pada yang tua dan begitu juga sebaliknya.

Teguran aku tu mendapat banyak feedback positif dari senior-senior lain yang secara tak langsung terlibat dengan perdebatan tersebut. Itu tidaklah bermaksud aku ni bagus sangat atau patut berbangga diri tapi aku rasa memadailah ada individu lain yang faham dengan apa yang aku maksudkan. Akhirnya budak mentah tersebut telah meminta maaf secara terbuka. Alhamdulillah..

*moral of the story
- nak menyampuk discussion orang beri la salam dulu
- guna otak sebelum bercakap
- check dulu dengan siapa kita bercakap
- dan semestinya hormatilah orang yang lebih tua

~terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya : )

Adab a.k.a Manners

Bila bercakap pasal adab ni aku rasa semua orang pun tau asasnya. Semestinya ibu bapa kita telahpun menerabkan kepentingan adab dalam kehidupan harian dari kecil lagi. But surprisingly, masih ramai orang yang aku jumpa yang boleh dikatakan kurang adabnya atau tidak beradab langsung dengan orang lain. Sometimes worse than a small children. Kan pelik. Pada aku orang yang tak beradab ni sama je dengan orang yang tak bertamadun. Tak gunalah kita hidup dalam negara yang serba maju dan canggih tapi pemikiran dan attitude lebih kurang je dengan orang zaman batu.

Memandangkan tersangat la banyak cerita pasal adab ni, aku akan cerita pengalaman peribadi yang aku lalui by stages.

Cerita harian

Sepanjang kita menjalankan rutin harian, ada macam-macam orang dan macam-macam perkara yang kita jumpa. Ada yang ok, ada yang k.o. Apa-apa pun aku cuma nak bercerita tentang pendapat aku terhadap orang atau perkara yang aku jumpa tiap-tiap hari. Hopefully dapatlah kita sama-sama berfikir dan mengambil pengajaran daripadanya insyaAllah..