Thursday, 31 May 2012

Bila 'ASSUME' menjadi 'ASS U & ME'

Biasanya perkataan 'assume' ni kita gunakan bila nak menganggarkan atau mengandaikan sesuatu. Bila dah buat anggaran ni maksudnya sesuatu perkara tersebut kurang tepat atau kurang sesuai untuk dijadikan fakta tetapi masih boleh diterima. Sebab itulah perkataan ni agak kurang sesuai digunakan untuk kajian saintifik.

Dalam salah satu kelas yang aku wajid ambil satu ketika dahulu, pensyarah aku telah menyatakan bahawa perkataan 'assume' ni langsung tak boleh pakai. Sebabnya bila kita mula guna 'assume' je, at the end jadi 'ass u & me' sebab mendatangkan banyak masalah. Dan sekarang aku rasa perkataan tu juga boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian kita.

Sebagai contoh, apabila kita membuat sesuatu keputusan yang melibatkan individu lain, kita tidak boleh 'assume' yang individu tersebut akan terima sahaja keputusan tersebut bulat-bulat hanya kerana kita 'assume' dia boleh, 'assume' dia akan available untuk sesuatu tugasan, 'assume' dia boleh ganti tempat kita, 'assume' dia boleh tolong kita pada bila-bila masa, dan 'assume..'assume'.. 'assume'.. Mungkin dia pernah kata ok sebelum ini tapi adakah dia masih ok pada masa sekarang? Adakah dia masih ok pada masa yang akan datang? Tidak semestinya bukan?

Di sinilah pentingnya tindakan 'follow up' untuk mendapat kesahihan daripada tuan empunya badan. Buat confirmation beberapa kali untuk dapatkan kepastian. Dan plan B atau C adalah sangat perlu in case masalah muncul dengan tiba-tiba.

Sebagai contoh (based on true story), dua orang sahabat nak pergi ke satu tempat yang memaksa keperluan kehadiran seorang driver. Kebiasaannya driver tersebut sentiasa available untuk membantu dan driver tersebut ada menyatakan kesanggupannya untuk membantu sekali lagi. Disebabkan itu dua orang sahabat ini telah membuat keputusan untuk ke tempat tersebut dan 'assume' yang si driver akan dapat membantu. Akhirnya jadilah 'ass u & me' kerana si driver tidak dapat membantu kerana ada urusan lain. The worst part is, dua orang sahabat ini akan kecewa kerana plan tidak menjadi dan si driver terasa seperti diperalatkan kerana tidak berbincang dengannya terlebih dahulu. So nak salahkan siapa? Dua sahabat itukah atau si driver itukah? Perlu diingatkan bahawa si driver tidak pernah berjanji untuk membantu pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Dia cuma menyatakan kesanggupan untuk membantu.

Setiap manusia ada keperluan dan kehendak. Kadangkala kita akan sangat berusaha untuk membantu insan lain yang dirasakan sangat perlu dan kadang-kadang hal yang sangat penting sekalipun sanggup dibatalkan atau ditangguhkan hanya kerana ikhlas nak membantu yang lebih memerlukan. Tetapi adakah setiap masa kita akan atau dapat berbuat begitu?

Banyak kali juga aku terperangkap dengan situasi orang lain meng'assume'kan aku ni dan endingnya memang jadi 'ass u & me'. Daripada ikhlas terus bertukar jadi separuh ikhlas atau terpaksa. Kan tak seronok.

*moral of the story
- hati-hati ketika merancang sesuatu
- follow up dan plan B tu penting
- jangan tukarkan keikhlasan sahabatmu kepada keterpaksaan
- the most important thing is: DO NOT 'ASSUME'!

No comments:

Post a Comment