Aku masih ingat pesanan mak aku masa kecil, kita kena hormat orang yang lebih tua tak kiralah apa status mereka. Dan semestinya ibu bapa adalah keutamaan. Bila bercakap pasal hormat ni sudah tentulah sangat berkait rapat dengan adab. Di sinilah 'benchmark' didikan awal seseorang individu itu. Boleh dikatakan sebaik sahaja kita berkomunikasi dengan seseorang individu itu, hampir serta merta kita boleh agak adabnya macam mana.
Sebagai contoh, baru-baru ni, secara tak sengaja aku telah terlibat dalam perdebatan antara seorang budak mentah yang tidak beradab dengan seorang individu senior yang lantang bersuara di facebook. Pada mulanya aku cuma berminat dengan satu post daripada kenalanku berkenaan dengan satu topik ilmiah. Topiknya agak saintifik tetapi subjeknya ada kaitan dengan senario politik semasa. Memandangkan komen-komen untuk post berkenaan daripada orang-orang yang lebih senior, aku follow secara senyap, dengan harapan dapatlah ilmu baru daripadanya.
Tidak semena-mena budak mentah ini menyampuk dan telah 'tembak' senior tersebut dengan bahasa yang sangat tak patut. Pada mulanya aku ingatkan diorang ni kawan-kawan, jadi biasalah 'tembak menembak' ni sebab berbeza pendapat. Kemudian aku terfikir untuk check profile kedua-dua individu itu setelah aku rasakan ada yang tak kena. Ternyata budak mentah tersebut lebih kurang sebaya dengan anak senior tersebut. Dan ternyatalah juga yang budak itu tersangat la sengal sebab langsung tak check profile senior tersebut tapi maki-maki sepenuh hati. Disebabkan rasa tak dapat membela diri akibat diserang bertubi-tubi, budak ni pun lari dan membiarkan perdebatan itu tergantung. Tentulah si senior ni semakin hangin.
Lagi tak kenanya sebab budak tu post pula di wall facebooknya dengan menyatakan bahawa dia telah menjadi mangsa 'serangan bahasa' daripada individu yang educated tetapi tidak beradab. Dan pada ketika itu lah aku rasa terpanggil untuk memberi sedikit teguran kepada budak tersebut sebagai ingatan kepadanya dan diri aku sendiri. Alangkah sedihnya bila seorang Melayu seperti aku yang sepatutnya tinggi adab dan budi pekerti menjadi seorang individu bermulut lancang dan tidak menghormati orang tua. Aku juga manusia biasa, adakalanya terlepas cakap juga bila marah tapi tengok la juga dengan siapa kamu bercakap. Sepatutnya kita saling menghormati, yang muda hormat pada yang tua dan begitu juga sebaliknya.
Teguran aku tu mendapat banyak feedback positif dari senior-senior lain yang secara tak langsung terlibat dengan perdebatan tersebut. Itu tidaklah bermaksud aku ni bagus sangat atau patut berbangga diri tapi aku rasa memadailah ada individu lain yang faham dengan apa yang aku maksudkan. Akhirnya budak mentah tersebut telah meminta maaf secara terbuka. Alhamdulillah..
*moral of the story
- nak menyampuk discussion orang beri la salam dulu
- guna otak sebelum bercakap
- check dulu dengan siapa kita bercakap
- dan semestinya hormatilah orang yang lebih tua
~terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya : )
No comments:
Post a Comment